Persoalannya, siapakah Makhluk tersebut ???...
Ceritanya begini.
Seorang ustadz didatangi
sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di Pusat Rawatan. Pesakitnya
adalah anak lelaki mereka. Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan
bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap
perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa.
Semuanya belum ditemui penawarnya. Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum.
Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada
rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah
penyakitnya.. Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu
ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan
merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan.. Maka,
saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat
mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh..
lelaki tu nampak normal jer.. Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan
situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan
dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor.
Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum
semerbak... Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar.
Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap
kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di Pusat Rawatan. Selepas
mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak.. Setelah itu saya ke ruang
rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit,
tiba-tiba...
Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa
Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa